Hari ketiga peserta bersiap-sedia untuk menyahut cabaran aktiviti darat pada hari ini iaitu Explorasi Pulau Pangkor.
Dalam cabaran hari ini, peserta ditugaskan untuk menyelesaikan tugasan untuk mendapatkan klue ke tugasan seterusnya. Peserta perlu mendapatkan klue untuk check point berikutnya dan bertemu dengan fasilitator yang telah sedia menanti di check point tersebut dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Lebih mencabar lagi, peserta tidak dibenarkan membawa wang tunai, tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam dan setiap kumpulan hanya dibenarkan membawa satu telefon bimbit sahaja. Bagaimana cara peserta menyelesaikan masalah dan cara yang digunakan untuk menjelajah sekeliling Pulau Pangkor adalah mengikut kreativiti masing-masing.
|
Peta keseluruhan Pulau Pangkor yang perlu dijelajahi oleh peserta kursus kali ini |
Antara check point yang perlu dijelajahi oleh semua peserta berdasarkan klue yang diberikan adalah :
- Klue pertama : Kod Nombor yang membawa maksud Rimba Kem Teluk Nipah - tugasan menangkap ikan untuk fasilitator yang bertugas Dr. Munira
- Klue kedua : Burung Besi (Lapangan Terbang Pangkor) - tugasan membersihkan bilik-bilik di pejabat lapangan terbang serta mengambil sumber makanan (buah kelapa), fasilitator bertugas ialah En. Rajan.
- Klue ketiga : Jenis Jahitan (Teluk Belanga) - peserta perlu berjumpa dengan fasilitator bertugas iaitu En. Rosli dan ditugaskan menyediakan dua rangkap pantun empat kerat dengan tema team building di Pulau Pangkor.
- Klue keempat : VS Sg. Pinang Besar (Sg. Pinang Kecil) - peserta perlu menjelajah lebih kurang 13km untuk sampai ke Sg. Pinang Kecil dari Teluk Belanga. Berjumpa En. Ghana di Jeti Sg. Pinang Kecil dan peserta dikehendaki mendapatkan 4 jenis makanan hasil laut. Bagaimana cara untuk mendapatkannya bergantung kepada kreativiti peserta dengan syarat tidak melanggar undang-undang.
- Klue kelima : Pintu Masuk Utama ke Pulau Pangkor (Jeti Pangkor) - bertemu En. Rashid di sana dan tugasannya perlu mencari tempat bernama Khidmat Masyarakat (Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pangkor).
- Klue keenam : Coretan Abadi (Batu Bersurat) - bertemu Ustaz Zaradi di kawasan surau di Kota Belanda di mana terletaknya batu bersurat (coretan abadi) tersebut. Perlu membuat tugasan iaitu membuat kerja amal di surau Kota Belanda tersebut.
- Klue ketujuh : Pandangan Teluk Pangkor (terjemahan Pangkor Bayview Resort) - En. Balkaran telah menunggu peserta dengan tugasan dan klue terakhir explorasi tetapi sebelum itu peserta perlu mendapatkan 5 jenis cengkerang yang terdapat disekitar Pulau Pangkor.
- Klue kelapan : Hapin Kulet (Teluk nipah dieja terbalik) - Puan Halimah telah menunggu peserta disini dan tugasan untuk melakukan kerja sukarela membersihkan kawasan sekitar Teluk Nipah. Dari sini peserta diarahkan pulang ke Rimba Kem sebagai tanda tamatnya aktiviti ekslorasi ini.
Sekiranya dilihat klue dan peta Pulau Pangkor di atas, memang dapat dilihat bahawa peserta kursus perlu menjelajah seluruh Pulau Pangkor. Berjalan kaki, menaiki kenderaan, tanpa wang, sumber minuman dan makanan yang terhad ? Semuanya adalah bergantung kepada kebijaksanaan peserta untuk menyelesaikan semua masalah tersebut.
Berikut adalah gambar sekitar acara eksplorasi (gambar agak terhad atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan