Kelab Staf Bukan Akademik (KESBA)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur

Tel : 03-91318160
Fax : 03-91319393

E-Mel : kesba.ipik@gmail.com

Khamis, 31 Oktober 2013

Jamuan Hari Lahir KESBA

Seperti kebiasaan setiap bulan, KESBA akan mengadakan jamuan ringan bagi meraikan hari lahir rakan-rakan ahlinya. Bagi bulan Oktober, rakan-rakan yang menyambut hari lahirnya adalah :


  • Wan Nor Aziah
  • Rogayah
  • Ridzuan
  • Pak Ya
  • Wahidan
  • Tarmizi
  • Aiza
Semoga kalian dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hidup. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada petang ini. 




















Jumaat, 25 Oktober 2013

Team Building Staf 2013 - Hari Keempat


Pada hari terakhir, peserta telah bersiap-siap sejak pagi lagi untuk bergerak pulang ke rumah. Sementara menunggu van membawa para peserta ke jeti.  Semua peserta dan fasilitator sempat bergambar kenangan dan bersalam-salaman sebagai tanda terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang tidak dapat digantikan dengan masa atau wang ringgit.









Selamat tinggal Pangkor, ada umur kita berjumpa lagi dalam siri kursus yang akan datang. InsyaAllah

Sila lihat coretan terawal

Kursus Team Building Staf 2013 - Hari Ketiga

Hari ketiga peserta bersiap-sedia untuk menyahut cabaran aktiviti darat pada hari ini iaitu Explorasi Pulau Pangkor.  
Dalam cabaran hari ini, peserta ditugaskan untuk menyelesaikan tugasan untuk mendapatkan klue ke tugasan seterusnya. Peserta perlu mendapatkan klue untuk check point berikutnya dan bertemu dengan fasilitator yang telah sedia menanti di check point tersebut dengan tugasan yang perlu diselesaikan.  Lebih mencabar lagi, peserta tidak dibenarkan  membawa wang tunai, tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam dan setiap kumpulan hanya dibenarkan membawa satu telefon bimbit sahaja.  Bagaimana cara peserta menyelesaikan masalah dan cara yang digunakan untuk menjelajah sekeliling Pulau Pangkor adalah mengikut kreativiti masing-masing.

Peta keseluruhan Pulau Pangkor yang perlu dijelajahi oleh peserta kursus kali ini

Antara check point yang perlu dijelajahi oleh semua peserta berdasarkan klue yang diberikan adalah :
  • Klue pertama : Kod Nombor yang membawa maksud Rimba Kem Teluk Nipah - tugasan menangkap ikan untuk fasilitator yang bertugas Dr. Munira
  • Klue kedua : Burung Besi (Lapangan Terbang Pangkor) - tugasan membersihkan bilik-bilik di pejabat lapangan terbang serta mengambil sumber makanan (buah kelapa), fasilitator bertugas ialah En. Rajan.
  • Klue ketiga : Jenis Jahitan (Teluk Belanga) - peserta perlu berjumpa dengan fasilitator bertugas iaitu En. Rosli dan ditugaskan menyediakan dua rangkap pantun empat kerat dengan tema team building di Pulau Pangkor.
  • Klue keempat : VS Sg. Pinang Besar (Sg. Pinang Kecil) - peserta perlu menjelajah lebih kurang 13km untuk sampai ke Sg. Pinang Kecil dari Teluk Belanga. Berjumpa En. Ghana di Jeti Sg. Pinang Kecil dan peserta dikehendaki mendapatkan 4 jenis makanan hasil laut. Bagaimana cara untuk mendapatkannya bergantung kepada kreativiti peserta dengan syarat tidak melanggar undang-undang.
  • Klue kelima : Pintu Masuk Utama ke Pulau Pangkor (Jeti Pangkor) - bertemu En. Rashid di sana dan tugasannya perlu mencari tempat bernama Khidmat Masyarakat (Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pangkor).
  • Klue keenam : Coretan Abadi (Batu Bersurat) - bertemu Ustaz Zaradi di kawasan surau di Kota Belanda di mana terletaknya batu bersurat (coretan abadi) tersebut. Perlu membuat tugasan iaitu membuat kerja amal di surau Kota Belanda tersebut.
  • Klue ketujuh : Pandangan Teluk Pangkor (terjemahan Pangkor Bayview Resort) - En. Balkaran telah menunggu peserta dengan tugasan dan klue terakhir explorasi tetapi sebelum itu peserta perlu mendapatkan 5 jenis cengkerang yang terdapat disekitar Pulau Pangkor. 
  • Klue kelapan : Hapin Kulet (Teluk nipah dieja terbalik) - Puan Halimah telah menunggu peserta disini dan tugasan untuk melakukan kerja sukarela membersihkan kawasan sekitar Teluk Nipah. Dari sini peserta diarahkan pulang ke Rimba Kem sebagai tanda tamatnya aktiviti ekslorasi ini.
Sekiranya dilihat klue dan peta Pulau Pangkor di atas, memang dapat dilihat bahawa peserta kursus perlu menjelajah seluruh Pulau Pangkor. Berjalan kaki, menaiki kenderaan, tanpa wang, sumber minuman dan makanan yang terhad ?  Semuanya adalah bergantung kepada kebijaksanaan peserta untuk menyelesaikan semua masalah tersebut.
Berikut adalah gambar sekitar acara eksplorasi (gambar agak terhad atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan)
Kem Komander hari ketiga


Senaman pagi seperti biasa



En. Rajan bersama wakil dari Lapangan Terbang Pangkor








Inilah burung besinya
Sumber makanan


Pandangan Teluk Pangkor - En. Balkaran



Checkpoint Pintu Masuk Utama


Check point VS Sungai Pinang Besar


Check point Coretan Abadi





Selesai Explorasi Pangkor, semua peserta bersiap untuk aktiviti LDK, kali ni peserta dikehendaki mereka baju dari kertas dan aksesori tambahan yang dibekalkan oleh fasilitator.

Kreativiti peserta dan sama-sama menyelesaikan tugasan

Kreativiti peserta dan sama-sama menyelesaikan tugasan

Macam-macam gaya ada


Tempahan awal sempena musim raya tahun depan











pahlawan gayanya ni


















Selepas aktiviti LDK, peserta bersama-sama menyiapkan persiapan untuk acara penutupan kursus, aktiviti malam kebudayaan dan majlis makan malam.







Pada jam 8.30 malam,Majlis Penutupan Kursus Team Building disempurnakan oleh En. Rosli bin Khalid selaku wakil Pengarah.


En. Rashid menerangkan perjalanan acara kepada En. Rosli.

Pengacara Majlis Pn. Melati dan En. Ezam


Doa sebelum memulakan majlis
















Ucapan Penutupan Rasmi dari En. Rosli bin Khalid


Sekitar jam 10.00 malam Malam Kebudayaan dimulakan dengan persembahan dari peserta-peserta kursus kali ini.





Ada tarian

ada sketsa





Hadiah dan cenderahati bagi peserta dan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan team building kali ini.














bersambung ke hari keempat