Kelab Staf Bukan Akademik (KESBA)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur

Tel : 03-91318160
Fax : 03-91319393

E-Mel : kesba.ipik@gmail.com

Khamis, 28 Mac 2013

Latihan Pembangunan Staf - Kursus Kecergasan (tracking dan abseiling ke Sungai Pisang, Gombak)

Pada 27/3/2013,  Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan kursus kecergasan di luar kampus.  Kali ini acara tracking dan abseiling dipilih sebagai medium latihan.  Destinasi yang dituju Sungai Pisang, Gombak.

Kakitangan yang menyertai kursus ini telah berkumpul di kampus pada jam 8.00 pagi. Selepas memeriksa kelengkapan, bas bertolak ke Sungai Pisang pada jam 9.00 pagi.

Kami tiba di Sg. Pisang sekitar jam 10.00 pagi. Dan aktiviti dimulakan dengan sedikit latihan regangan. Ini bagi mengelakkan kecederaan semasa melakukan aktiviti lasak ini.

Tolak macam ni ya...

Begini kengkawan






Perjalanan ke Air Terjun Sungai Pisang diteruskan pada jam 10.30 pagi dan setiap peserta diminta untuk bekerjasama membawa kelengkapan untuk aktiviti abseiling di kawasan air terjun nanti. Anggaran masa perjalanan ke kawasan air terjun tersebut mengambil masa lebih kurang satu jam.

Perjalanan dimulakan

Baju biru tu fasilitator, baju kuning peserta, baju oren tu pilot yang kena paksa ikut sekali hahaha



takut basah ye bang...

aik... bukak kasut juga ke bang..



laluan bawah terowong


Menunggu giliran nak turun

hati-hati ye kawan-kawan (agaknya la Along cakap gitu)


Kami tiba di kawasan air terjun Sungai Pisang pada jam 11.20 pagi. Awal 10 minit dari masa yang dijadualkan. Dan berikut adalah gambar yang sempat dirakam sebelum jurugambar kami sama-sama basah kuyup dalam jeram ni. (dah basah terus simpan kamera). Minta jasa baik rakan-rakan yang ada menyimpan gambar-gambar abseiling untuk menghubungi saya atau e-mail gambar-gambar tersebut ke alamat e-mail : kesba.ipik@gmail.com










Memulakan perjalanan pulang dengan seribu pengalaman bermakna.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan