Kelab Staf Bukan Akademik (KESBA)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur

Tel : 03-91318160
Fax : 03-91319393

E-Mel : kesba.ipik@gmail.com

Selasa, 6 November 2012

Team Building Staf Siri 1 2012

Pada Oktober 2012, IPG Kampus Ilmu Khas telah menganjurkan Kursus Team Building  bagi kakitangan IPGIK. Kursus selama 4 hari ini telah diadakan di Pulau Pangkor. Aktivi seperti berakit ke Pulau Ghiam, orientering dan aktiviti latihan dalam kumpulan telah banyak membantu para peserta mendalami pengertian kerja berpasukan.

Kem Komander yang bertugas selama empat hari di Pulau Pangkor ialah :

Hari Pertama : En. Anuar (hari bergerak dari IPGIK ke Pulau Pangkor)
Hari Kedua : Pn. Juliana (aktiviti air - membina rakit dan berakit ke Pulau Ghiam)
Hari Ketiga : En. Mohd Shahrizal (aktiviti darat - orientering)
Hari Keempat : En. Sharif (perjalanan pulang ke IPGIK)

Aktiviti:

Hari Pertama :

Semua peserta berkumpul di IPGIK jam 8.00 pagi dan kem komander perlu melaporkan kepada fasilitator yang bertugas iaitu En. Razali bin Ludin selaku Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sebelum peserta dilepaskan untuk menaiki bas.

Bas tiba di Jeti Marina sekitar jam 1.30 petang, peserta sama-sama memindahkan peralatan yang akan digunakan di Pulau Pangkor naik ke feri dan meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor.

Tiba di Pangkor, peserta menurunkan barang-barang dan bertolak ke Kem Rimba, Teluk Nipah. Menyusun peralatan, berhimpun dan mendengar taklimat dari fasilitator. Kemudian persiapan untuk makan malam dan peralatan yang akan digunakan untuk aktiviti air telah dibuat oleh semua peserta.
 




























 
 


 



















Hari Kedua

Aktiviti air.

 Sebelum memulakan aktiviti air, peserta kursus melakukan senaman ringan dan regangan untuk mengelakkan kecederaan dan kekejangan semasa aktiviti air dijalankan.

Kemudian persiapan untuk berakit dilakukan, peserta dikehendaki menyediakan rakit untuk mereka berkayuh ke Pulau Ghiam. (maaf gambar ketika berakit tidak sempat dirakamkan kerana saya sendiri adalah salah seorang peserta kursus).








































Selesai aktiviti berakit semua peserta bersiap membersihkan diri sebelum memulakan aktiviti dalam kumpulan.  Selepas penat berakit kawan-kawan pulak tolong picit-picitkan lengan, lega rasanya. Aktiviti dalam kumpulan ini lebih kepada aktiviti yang santai dan masih lagi menerapkan sikap bekerjasama antara kumpulan dan yang paling penting, komunikasi sesama rakan dalam kumpulan. 















Hari Ketiga

Aktiviti Darat

Ketika aktiviti darat peserta dikehendaki menjelajah sekitar Pulau Pangkor berpandukan pada klue dan perlu menyelesaikan tugasan di checkpoint yang telah ditetapkan untuk mendapatkan klue ke checkpoint seterusnya. Cabaran kepada semua peserta kerana peserta tidak dibenarkan membawa wang, cuma dibenarkan membawa satu telefon untuk setiap kumpulan.Peserta perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk menjelajah sekitar Pulau Pangkor, pilihan terletak ditangan peserta, yang penting matlamat tercapai dan tidak melanggar undang-undang. Gamb ar sekitar aktiviti darat cuma dapat dirakam ketika di kawasan kem sahaja, ketika diluar kamera telah ditinggalkan di rimba kem.


seperti biasa, pagi bersenam dulu



Duit dan telefon masuk karung fasilitator

duit kena serah pada fasilitator

sebelum dapat klue pertama, perlu lepasi halangan dulu





saling bantu membantu


kumpulan pertama yang sampai (siap buah kelapa lagi)






Selepas aktiviti darat, peserta memulakan aktiviti latihan dalam kumpulan, seperti biasa sessi LDK yang dipantau oleh Unit Psikologi dan Kaunseling ini lebih santai dengan membawa peserta bermain bola/belon pantai.



 

Makan Kebudayaan dan Majlis Penutupan Kursus Team Building Staf 2012

















Hari Keempat

Hari terakhir kami di Rimba Kem, Teluk Nipah, Pulau Pangkor ini, sebelum meninggalkan kem ini dengan seribu satu kenangan dan pengalaman yang tak mungkin dapat digantikan dengan wang ringgit. Terima kasih semua fasilitator, ada umur kita jumpa lagi InsyaAllah.